Dec 10, 2010

DOA & UNGKAPAN

~~ Pilihan Doa Untuk Kad Kahwin ~~

Kod : D 001

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari
jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan
belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

-------------------------------------------------
Kod : D 002

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya "
- Daripada Abdullah Ibni Umar r.a.

-------------------------------------------------

Kod : D 003

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai “

-------------------------------------------------

Kod : D 004

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinyaFatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

-------------------------------------------------

Kod : D 005

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan
rahmat kepada kedua mempelai ini, (nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat  katan ini.

-------------------------------------------------


Kod : D 006

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

-------------------------------------------------

Kod : D 007

" Ya Allah, Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

-------------------------------------------------

Kod : D 008

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua
keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan
dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya
pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik
dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

-------------------------------------------------

Kod : D 009

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri
Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat
Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat
Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

-------------------------------------------------

Kod : D 010

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,
bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji
menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara
kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau
tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan
tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

-------------------------------------------------
Kod : D 011

Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman,
mengapa mengharapkan teman setampan Yusof  jika kasih tak setulus Zulaikha,
tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah (S.A.W) Bimbinglah dirinya, dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya,  dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetapkanlah berdoa pada tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu...


 
**********************************************************


~~ Pilihan Ungkapan Untuk Kad Kahwin ~~

Kod : U001

Dengan izin Allah ke atasa hambaNya yang merancang, kami

(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

Sejambak Mawar Setepak Sirih Dihulurkan Untuk
Kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

...............................................................................
suami/isteri / sekeluarga untuk merasmikan ikatan janji,
izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati anakanda yang dikasihi

(nama pengantin)
dengan
(nama pengantin)

pada hari (tarikh majlis - Masihi) bersamaan (tarikh majlis - Hijrah)
di kediaman kami beralamat : (alamat majlis kenduri)
Beras Kunyit Kami Taburi, Air Mawar Direnjis Wangi, Undangan Kami Setulus
Hati, Harap Sudi Datang Merai Ke Majlis Kami, Terima Kasih Dari Kami Dan
Raja Sehari.

-------------------------------------------------

Kod : U002

Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan segala hormatnya kami

(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

mempersilakan Tuan / Puan

....................................................................................
suami/isteri serta keluarga ke majlis perkahwinan puteri ketiga kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pengantin)

Pada hari (tarikh majlis - Masihi) bersamaan (tarikh majlis - Hijrah)
di kediaman kami beralamat :
(alamat majlis kenduri)

Semoga dengan kehadiran dan doa restu hadirin akan meneyerikan lagi majlis
kami dan diberkati oleh Allah SWT, insya’Allah.
Terima kasih.

-------------------------------------------------
  


Kod : U003

Sekapur sirih seulas pinang,

(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

dengan undangan seribu kenangan, mengalu-alukan kunjungan
Tuan / Puan / Encik / Cik

.....................................................................
suami/isteri ke Majlis Perkahwinan Puteri kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pengantin)

Pada hari (tarikh majlis - Masihi) bersamaan (tarikh majlis - Hijrah)
di kediaman kami beralamat : (alamat majlis kenduri)

Bsemoga dengan kehadiran Tuan / Puan akan menyerikan lagi majlis kami dan
diucapkan ribuan terima kasih 
 
-------------------------------------------------

Kod : U004

(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

Dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan / Puan / Encik / Cik

_____________________________________________
sekeluarga hadir ke Majlis Perkahwinan puteri kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pengantin)

Pada hari (tarikh majlis - Masihi) bersamaan (tarikh majlis - Hijrah) di
kediaman kami berlamat di (alamat majlis kenduri)

Semoga kehadiran dan restu Yang Berbahagia Tuan/Puan/Encik/Cik
akan menyerikan lagi majlis ini dan diberkati
Allah s.w.t. hendaknya, Insya'Allah.
 
------------------------------------------------- 



Kod : U005

(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami dengan berbesar hati dan
sukacitanya mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik

.......................................................................
ke Majlis Kesyukuran / Menyambut Menantu kami

(nama pengantin)
isteri kepada
(nama pengantin)

pada hari (tarikh majlis - Masihi) bersamaan (tarikh majlis - Hijrah) di
kediaman kami bertempat di (alamat majlis kenduri)

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan menambah seri lagi majlis ini serta
diberkati Allah hendaknya, Insya'Allah.
 
 -------------------------------------------------

Kod : U006

Dengan izin dan rahmat Allah

(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

dengan segala hormatnya mempersilakan

........................................................................................
suami / isteri / sekeluarga untuk merasmikan ikatan janji,
izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati anakanda yang dikasihi

(nama pengantin)
dengan
(nama pengantin)

Pada hari (tarikh majlis - Masihi) bersamaan (tarikh majlis - Hijrah)
di kediaman kami beralamat : (alamat majlis kenduri)

Beras Kunyit Kami Taburi, Air Mawar Direnjis Wangi, Undangan Kami Setulus
Hati, Harap Sudi Datang Merai Ke Majlis Kami, Terima Kasih Dari Kami Dan
Raja Sehari. 

-------------------------------------------------
  


Kod : U007

(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

Dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan / Puan / Encik / Cik

_____________________________________________
sekeluarga hadir ke Majlis Perkahwinan puteri kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pengantin)

Pada hari (tarikh majlis - Masihi) bersamaan (tarikh majlis - Hijrah)
di kediaman kami beralamat di
(alamat majlis kenduri)

Semoga kehadiran dan restu Yang Berbahagia Tuan/Puan/Encik/Cik
akan menyerikan lagi majlis ini dan diberkati
Allah s.w.t. hendaknya, InsyaAllah. 

-------------------------------------------------
 

Kod : U008

(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami dengan berbesar hati dan
sukacitanya menjemput Tuan/Puan/Encik/Cik suami/isteri & seisi keluarga
merestui tambatan janji, izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati, anak
perempuan kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pengantin)

pada hari (tarikh majlis - Masihi) bersamaan (tarikh majlis - Hijrah)
di kediaman kami bertempat di
(alamat majlis kenduri)

Undangan kami setulus hati, dengan izin Allah SWT sudilah meraikan majlis
ini. Sekian terima kasih. Wassalam
  
-------------------------------------------------

Kod : U009

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang...
Dari Satu Pertautan, Abadilah Dua Hati Yang Saling Menyayangi...
Salam dihulur pembuka bicara, sepenuh hormat dan sejambak harapan kami

(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. memohon kesudian dan
mempersilakan Tuan/Puan

..............................................................................
suami /isteri/sekeluarga ke majlis perkahwinan putera kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pengantin)

pada hari (tarikh majlis - Masihi) bersamaan (tarikh majlis - Hijrah)
di kediaman kami :
(alamat majlis kenduri)

Serangkai kasih dalam limpahan budi, menguntum segar dalam kenangan.
Semoga Allah S.W.T. merahmati dan memberkati.
Terima kasih, Wassalam.

-------------------------------------------------


Kod : U010

Syukur kehadrat Allat swt kerana dengan keredhaan
dan keizinanNya kami

(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

menjemput Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
suami / isteri serta keluarga untuk merasmikan tambatan janji, ijab
berksaksi, izin berwali antara dua hati bagi menyerikan Majlis Raja Sehari
Puteri kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pengantin)

bertahtakan adat dan bersendikan sunnah Rasul,
memadu pertemuan dua hati, mendirikan istana kasih
pada hari (tarikh majlis - Masihi) bersamaan (tarikh majlis - Hijrah)
di (alamat majlis kenduri)

Beras kunyit kami taburi, air mawar direnjis wangi, berkembang kasih
menabur budi, undangan kami setulus hati, harap sudi datang mera’i, semoga
allah memberkati. Terima kasih, wassalam. 

********************************************************** 



No comments:

Post a Comment

I Serve Nuffnang